

Alhamdulillah,semuanya berjalan seperti yang dirancang hari ini pada`program family day`dan sukaneka 3 penjuru RasGas Malaysian Community yang tediri dari compound LaPallace,Al-Haya juga Al-Merqab 2.Hampir 50 family hari ni yang berkumpul bagi maksud lebih mengenali satu sama lain terutamanya bagi kaum ibu dan memberi pelunag kepada anak-anak melepaskan geram dan keinginan bersukan seperti mana kebiasaan diperolehi di Malaysia.Syukur pada Allah bermula dengan kelancaran penyusunan logistik dan makan-minum sehinggalah kepada berbagai acara sukan dengan hadiah masing-masing menjadikan program ini pada aku nampak berseri juga walaupun ianya adalah `event self sponsered`tapi atleast kami-kami dan mereka semua dapat lakukan.Insyallah sekiranya masih ada ruang dan kesempatan berbagai kekurangan hari ini pastinya dapat diperbaiki dengan kerjasama semua,ibu-ibu,bapa-bapa dan anak-anak yang agak bersemangat bersukan dan sedikit kerja lebih masa dari kami-kami ini`committe`yang sekadar melantik diri sendiri demi menjayakan program ini.Anyway shukran dan mabruq to all.




1 comment:
Tahniah kepada En.Awi (dan isteri) kerana berjaya memimpin acara sukan keluarga Komuniti Malaysia Rasgas 2010.
Post a Comment