Wednesday, November 17, 2010

Eid Adha Al-Mubarak

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kebetulan pulak aku kena kerja hari ni,so terpaksalah family aku beraya sesama kaum ibu aje disekitar kawasan aku tinggal ni.Nasib baik juga rumah kami semua ini agak berdekatan yang tak memerlukan kenderaan untuk kunjungan ziarah Eid-Adha ini.Alhamdulillah suasana perayaan seperti di Malaysia tetap terasa, cumanya anak-anak aku sedikit mengeloh kerana katanya beraya kat sini tak best,tak dapat duit raya!!!memang anak-anak dah macam tu,asal raya pasti nak duit.Anyway dah masuk tahun kedua aku dan keluarga menyambut Eid Adha di Qatar ini,memang suasana perayaan tak nampak ketara terutamanya dikalangan orang Arab, suara takbir yang biasa kedengaran jelas di Malaysia selama 3hari selalunya untuk Eid Adha ini,tetapi agak sepi disini mungkin sekadar kedengaran diruangan masjid-masjid aje,.....

Illaliqaq.

No comments: