Sunday, January 23, 2011

80 Dirham to 1 Rial

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
After more than 2years at Qatar,today petrol price here was increased to QR1 compared to before 80dirham for every litre.Alhamdulillah,it's still ok,coz not all the time i use my own vehicle here,it's only for sometimes for bringing my family to Doha and surrounding AlKhor.Alhamdulillah, most if the company here also provide transport to workplace.Hopefully the prices for another needs not drastically increase,eventhough is was expected to be increased in this couple of months.
Illaliqaq.

Asia Cup Fever

Asslamualaikum/Khaifahalaq,
Memang aku harapkan Iraq atau Iran akan menang pada perlawanan semifinal 1&2 semalam bila kedua-dua team berkenaan turun menentang Australia dan South Korea,dengan harapan ada negara Islam yang terus berjaya.Malangnya kedua-kedua team tersebut tewas tipis 0-1 pada lawan masing-masing.Walaupun ketika berada di Qatar Sport Club Stadium,dengan ambient temp sekitar 16oC,aku melihat Iran agak menguasai 1/2 half game berkenaan. Barangkali luck lebih melebehi South Korea semalam,bila mereka berjaya jaringkan gol,pada extra time.Apapun kehadiran penonton yang cuma sekitar 12ooo orang semalam,agak merisaukan pihak penganjur dan Qatar sendiri,yang akan jadi host fore world cup 2022 nanti.Tak tahulah nanti camana mereka plam untuk memenuhkan stadium-stadium pada kejohanan bolasepak terebesar itu,11tahun lagi........

Sunday, January 16, 2011

Asia Cup Fever

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Probably due to environment and surrounding area,people always talking about Asia Cup,that's whylah isteri dan anak-anak aku agak beriya-iya nak menonton live di stadium,any match for this Asia Cup.So semalam aku bawalah mereka ke match between Australia vs Korea di Al-Gharafa Stadium walaupun gamenya agak slow dengan result 1-1,tetapi mereka masih berminat untuk attend any of the match after that game.QFinal,SFinal or Final tak kisahlah kata anak-anak aku as long as dapat pergi menonton live lagi di stadium,it's quiet good.Insyallah,aku akan pergi segera mendapatkan tiket untuk mereka,kalau masih ada kerana sekarang demam Asia Cup semakin kuat diQatar ini.........

Saturday, January 8, 2011

Asia Cup,Doha 2011

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kebetulan opening match untuk Asia Cup 2011 ini,clash with semifinal tennis Qatar Open 2011.So terpaksalah aku memilih tengok Nadal dan Federal live beraksi,lagipun banyak lagi barangkali matches yang menarik akan disajikan pada Asia Cup 2011 ini.Tak sangka pulak Qatar akan tewas 0-3 kepada team Uzbekistan pada opening match ini,walaupun beraksi di gelanggang sendiri dengan sorokan puluhan ribu penyokong mereka juga semangat world cup 2022,mereka masih kurang mantap agaknya.Anyway,game yang dijangka menarik Australia vs Japan antaranya, yang kebetulan pulak jatuh pada off-day pertama aku next cycle, mungkin antara perlawanan yang akan aku tonton live di stadium nanti.Tiket untuk semifinal1 dan final match juga dah aku beli............

Exxon Mobil Qatar Tennis Open 2011

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
It was my 3rd time,watching this tournament live.Since 2008,it's quiet difficult to see Nadal vs Federal play each other,either at early stage or at final match. This time,again Davydenko,who defeated Nadal last year at final match showed his marvelleous performance to fire Nadal 6-3,6-2 at the semifinal stage,while the other semi's Federel screw Songa by 6-3 and 7-6.Anyway,it's really different watching this high level of tennis live from Khalifat Stadium compared to my LCD tv,as well as the power of 202-206Km/h services and exciting rally from Nadal,Federal, Songa,Davydenko is really nice to see live from this stadium.

Sunday, January 2, 2011

9-Sides Malaysian Community Football Tournament

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

9 pasukan,108 pemain.Alhamdulillah hari ini,kejohanan yang aku rancangkan hampir dua bulan lepas berjaya dilaksanakan.Nampak memang agak meriah, terutamanya pada awal-awal hari kejohanan bilamana boleh dikatakan hampir 200 orang berkumpul untuk sama-sama memberikan sokongan mental dan fizikal,samada pada pasukan masing-masing,juga kepada kami-kami ini,penganjur persendirian ini.Memang agak ketara suasana permainan seperti ini,agak dirindukan diQatar ini...............

Monday, December 20, 2010

FlyDubai

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Saja-saja setelah lama tak bercuti bersama keluarga,kali ini Dubai menjadi destinasi.4Hari 3Malam, Hotel London Crown 2 menjadi pilihan.Nama macam dasyat gile hotel ni,but it's only a budget hotel and some reviewers said and it's a good hotel as well good value for money.Apalagi aku booked lah,terutamanya bila berada at strategic location and free internet wi-fi. Walaupun sebenarnya pada aku,Dubai is not really best place for shopping at reasonable value but it's nice place to visit.Mungkin wife aku agak suka,bila dia sendiri agak happy berada di Dragon Mart, pasaraya 1.2KM yang totallynya menjual barang-barang kegunaan dan perhiasan dari China....
.

Missed All

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Banyak juga event menarik yang aku terlepas kerana bekerja antaranya Makan Malam Bersama Agong, Qatar Merdeka Day dan Qatar Open Bowling 2010. Insyallah mungkin lain kali....

Friday, December 3, 2010

Qatar 2022.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
,Kalau tengok dari preparation awal diQatar ini,seumpama kerajaan Qatar sudah tahu yang mereka akan berjaya menjadi hos untuk World Cup 2022.Ada yang kata sehingga 8tons bunga api dah siap menunggu semalam untuk dibakar di sekitar angkasa Doha. Anyway,ramai jugak rakyat Qatar yang tak setuju dengan penganjuran ini,yang katanya bukan setakat membazir tapi pastinya penuh dengan xtvt sosial dan maksiat.Arak dan `prostitute`juga salah satu syarat daripada FIFA. Wallahuallam.Yang pastinya negara Qatar ini yang antara hujung ke hujungnya sekitar 2.5jam aje ni,pasti akan menjadi pesat membangun dan sibuk gile terutamanya pada 5-6tahun mendatang.Project stadium bolasepak berhawa dingin sekitar 28'C,capsule berhawa dingin dari hotel terus ke stadium,project pembinaan hotel 5-6 bintang,kesemuanya ini akan pasti menaikkan sejumlah harga barang dan facilities di Qatar ini.Aku pun tak tahu,samada tahun 2022 aku masih disini ataupun mungkin sudah kembali ke Malaysia mungkin juga sudah pergi mengadap Ilahi.Amin.
Illaliqaq.

Sunday, November 28, 2010

Football Friendly Match Mas VS Indo KIds


Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Walaupun pada dasarnya,team anak-anak Malaysia ini masih belum bersedia untuk sebarang perlawanan tapi dengan semangat sentiasa mahu bermain dan berlawan dan sentiasa bertanya bila nak main,bila nak lawan.So hari ini, mereka turun menguji keupayaan mereka sendiri sebenarnya,menentang pasukan anak-anak Indonesia yang memang dah lama terbina dengan kekuatan beberapa `key player`mereka yang bermain untuk kelab-kelab remaja terpilih di Qatar ini. Kalah menang bukanlah ukuran,terutama melihat kesungguhan mereka cuba memberi tentangan,lagipun mereka masih di peringkat pembinaan dan pembikinan,apatah lagi mereka masih jauh dengan suasana berlawan bola sebenarnya,yang selalu diperolehi oleh anak-anak yang berada Malaysia. Anyway,`thank u`so much to mak-bapak yang hadir memberikan semangat dan sokongan mental,Insyallah kami `the volunteer coach`akan cuba memberikan apa yang termampu terutamanya dari segi persediaan mental dan teknikal untuk game-game yang akan datang,atau setidak-tidaknya kekalahan 0-7 hari,akan kita balas suatu hari nanti,umpama kata orang `kalau takut kalah,jangan cakap pasal bola'Insyallah pasti suatu hari kita akan menang...

Illaliqaq,

Wednesday, November 17, 2010

Brazil VS Argentina....Doha,Qatar.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kalau tak kerana kerana bekerja night shift pada tarikh 17hb Nov ini,pastinya dah awal-awal lagi aku beli tiket untuk match ini,Brazil vs Argentina,siapa yang tak mahu tengok.Tambah pula katanya Messi dan Ronaldinho akan pasti mengetuai skuad masing-masing.Tapi dah tak de rezeki kok untuk menonton match yang dinantikan oleh ramai peminat bolasepak dunia, walaupun sekadar perlawanan persahabatan.Apapun harap-harapnya kedua-kedua team akan membariskan pemain-pemain hebat masing-masing untuk perlawanan ini,tidak seperti match Brazil vs England last year yang mana ada segelintir aje pemain-pemainnya yang aku kenal....

Illaliqaq.

Eid Adha Al-Mubarak

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kebetulan pulak aku kena kerja hari ni,so terpaksalah family aku beraya sesama kaum ibu aje disekitar kawasan aku tinggal ni.Nasib baik juga rumah kami semua ini agak berdekatan yang tak memerlukan kenderaan untuk kunjungan ziarah Eid-Adha ini.Alhamdulillah suasana perayaan seperti di Malaysia tetap terasa, cumanya anak-anak aku sedikit mengeloh kerana katanya beraya kat sini tak best,tak dapat duit raya!!!memang anak-anak dah macam tu,asal raya pasti nak duit.Anyway dah masuk tahun kedua aku dan keluarga menyambut Eid Adha di Qatar ini,memang suasana perayaan tak nampak ketara terutamanya dikalangan orang Arab, suara takbir yang biasa kedengaran jelas di Malaysia selama 3hari selalunya untuk Eid Adha ini,tetapi agak sepi disini mungkin sekadar kedengaran diruangan masjid-masjid aje,.....

Illaliqaq.

Sunday, November 14, 2010

Ex-PPT Gathering

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Alhamdulillah menjadi jugak akhirnya gathering ini,walaupun pada mulanya agak sepi dan kurang sambutan untuk penyertaan dari rakan-rakan Ex-PPT di Qatar ini maklumlah bilamana ada yang kena kerja,ada yang balik Malaysia dan ada jugak yang sedang mengerjakan haji di Baitulah.Mungkin juga aura En Megat Kuwaiti yang datang melawat Qatar berjaya mengumpulkan seramai 14 orang ex-ppt di Qatar semalam di Al-Khor Beach Club.Juga semestinya tanpa commitment project leader Asrul/Che Din gathering semalam tak mampu mengumpulkan sebahagian dari kami di Qatar ini, terutamanya bila xtvt semalam bertembung pulak dengan xtvt geng2 India dari Karala dan Gujerat dengan penyertaan dari mereka seramai 180 orang.Resipi dan perencah BBQ ayam,udang,ketam dari Chef Amir M pun memang boleh tahan sedapnya, menjadikan masa xtvt selama 6 jam itu berlalu agak cepat juga,bila makan sambil membakar BBQ dan bertukar2 cerita..
Illaliqaq.

Saturday, October 30, 2010

Football Klinik.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Baru hari ini aku dapat turun untuk kepadang bersama anak-anak Malaysia di klinik bolasepak yang kami aturkan untuk mereka yang berumur 7-15tahun. Memang agak mengalakkan sambutan dari anak-anak dan sokongan ibu-bapa semua.Mungkin kerana rindukan suasana bermain bolasepak di padang-padang kampung atau tepi pantai dan sungai dulu menjadi ibu-bapa turut bersemangat memberi sokongan.Walaupun agak penat dan cerewet menjadi volunteer coach pada anak-anak ini,tapi sekadar mengambil cabaran dan tanggungjawab dimana kalau orang lain tak nak,biar aku jelah cuba.Kalau tak semua perkara takkan jadi kalau tak de yang nak sukarela.Anyway nak coach anak-anak ni tak lah susah sangat,sekadar bagi basic need for football tu,Insyallah aku boleh berikan.................Bersambung

English Khutbah

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Alhamdulillah setelah sekian lama mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang mana hanya beberapa patah perkataan sahaja yang aku sendiri tahu maknanya. Hari ini di Masjid Alkhor Community telah disajikan dengan khutbah in English oleh Presiden Aman Palestin,Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin. Khutbah yang memperkatakan tentang Palestin,Ghaza dan Masjidil Aqsa yang semakin hari semakin tergugat kedudukannya oleh kejahatan rejim Zionis Yahudi, yang ingin menjadikan Al-Aqsa sebagai tempat ibadat mereka pula.Dimanakah suara-suara besar dari pemimpin-pemimpin negara Islam yang kaya raya.Dimanakah peranan OIC,apakah memang betul-betul`ooe i see'. Memang terkejut bila diberitahu oleh Prof Dr Zainur yang kawasan Baitul Maqdis telah dipagari oleh tentera Israel dengan tembok besi sejauh 70KM setinggi 12 kaki.Juga sebuah balai polis tentera Israel telah berada dalam kawasan masjid Al-Aqsa yang menjadikan Masjid ketiga tersuci di dunia semakin hari semakin jauh dari umat Islam.Dimanakah peranan aku dan kawan-kawan.....


Illalliqaq.