Friday, July 3, 2009

Bukannya halangan hanyalah peluang

Assalamualaikaum/Khaifahaluqa...

Risau juga aku takut terpilih untuk manpower back-up untuk start-up TR6 Rasgas ini,walaupun kalau pikirkan OT yang agak banyak,pastinya seronak.Ya lah dah kena kerja sebulan berterusan samaada siang atau malam,mestilah OT sekitar 15-16hari. Tapi sehingga aku menulis ini dan nampaknya masih belum ada mail dari boss,tentunya mereka yang agak senior dah terpilih untuk pergi. Alhamdulillah,rasanya dah selamat, walaupun aku sebenarnya dah bersedia kalau ditakdirkan kena join start-up team TR6,tambahan pula family aku sekarang kat Malaysia. Anyway, rasanya TR6 Rasgas itu,masih kekurangan manpower bilamana ada yang dah berhenti baru-baru ini dan mungkin sekarang berkelana di Shakalein,Russia.Dan kalau dilihat pula pada iklan dari aprecruitment.com.my yang baru keluar pada 1 Julai 2009,masih memerlukan ramai operator untuk LNG plant samada berstatus residential ataupun 28/29 rotational basic,petanda Rasgas ini masih kekurangan manpower yang agak ketara,yang bestnya dekat iklan tu specially mentioned `Malaysian Only`!!! So apa lagi pada mereka yang disana cuba,cubalah!! inilah peluang kalau nak merasa kepanasan sehingga 50 deg C ketas,setiap masa air mandi sentiasa panas,nak berwuduk pun mcm pakai air panas. Ataupun nak merasai kesejukan maksima,hampir mencapai 15 deg C,tidak ada tempat yang panas melainkan sejuk belaka,air wuduk pun umpama air batu,apatah lagi air mandi,kalau tak ada water heater...alamak tak mandi lah.Ataupun nak merasai pengalaman naik flight setahun sekali,satu family di sponsor,ada duit lebih pulak tu...banyak.Ataupun nak merasai pengalaman naik motor ATV ,mungkin juga pengalaman melompat dengan jentera 4WD di di padang pasir.Pada yang suka menangkap ketam, jemput-jemputlah datang merasai pengalaman ketam bermain ditepi jari-jemari.Pada yang suka makan beriyani kambing dan `chicken bukhara` cubalah rasa taste Arab dan Mamak kat sini,ayam Turki grilled dan BBQ chicken pun best gile.Biawak Dart pun banyak,tapi kena usahalah sikit,ataupun nak melanggan susu unta dengan Amir M,QR12 aje seliter,mungkin juga nak try madu Iran,kena sesudu pasti nak lagi...dicampur pulak dengan Habatul Sauda,harga pun mestilah boleh tahan 150-300 QR sebotol ikut size botolnya lah.Tapi yang paling beruntung dan dituntut peluang menunaikan umrah dan haji pada usia yang lebih muda,bukan pergi seorang, boleh bawak satu family.Tak ada lagi alasan duit,kalau dah pendapatan tahunan mencecah harga Honda Accord 2.4 I V-tec pasaran Malaysia,gabungan duit gaji,ot dan tiket flight...insyallah kita mampu menabung bagi harga sebuah Honda Accord 2.0I V-tec pasaran Qatar,setiap tahun,lima tahun dah lima biji!!!bro. Memang kalau nak diceritakan yang seronak dan best pastinya tak nampak yang kurang eloknya, mana ada tempat dalam dunia ini yang semuanya elok belaka,namun ingatlah Allah maha adil,bila kita baik pastinya akan dibalas baik walau dimana kita berada.Sesunguhnya itu bukan halangan,tapi sekadar peluang.....
Maksud firman Allah`dan sesungguhnya amatlah luas bumi Ku ini,berhijrahlah kamu untuk kebaikan dunia mahupun akhirat mu`.Amin.

illaliqaq....

2 comments:

azmi933 said...

Wooo!!!! best giler dengor cita mu wei rasa nok ge etek.

akudqatar said...

azmi933:jomlah mai,try ddok kat kampung orang....rugi memang tak,untung memang ada...lambat ngan deras je