Tuesday, August 24, 2010

Iftar dCorniche

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Walaupun macam program ad-hoc aje pada mulanya,Alhamdulillah menjadi jugak hari ini program Iftar di pinggir corniche bersama-sama family, walaupun aku cuma keseorangan tapi terasa jugak kelawasan berbuka di tengah padang.Adalah 5-6 family yang datang,memang tak open invitation pun rasanya,cumanya pada sesapa yang nak join...please,you are welcome.
Mungkin itu gamoknya kata orang yang curahkan idea majlis Iftar ni,Awang Fadli,Rudy juga Amir.Walaupun aku sekali lagi sekadar menumpang ,kerana masih keseorangan tapi tetap terasa juga kemeriahan berbuka ramai-ramai, walaupun ala kadar aje menu dan juadahnya. Sempat juga selepas itu aku bertarawikh ditempat masjid kegemaran aku pada tahun lalu,di kawasan Najma,sekitar 15KM dari Doha.Alhamdulillah,walaupun imam ala-ala Mekah yang dijemput tahun lalu tidajk kelihatan,namum pengantinya juga tak kurang sedap dan merdu bacaan Qurannya,tiba-tiba dah nak habis 8 rakaat yang selalu dibuat di bumi Qatar ini. Alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah kerna masih di beri rezeki untuk bertarawikh di situ,juga rezeki ketika berbuka tadi......amin.


Illaliqaq.


No comments: