Friday, September 3, 2010

Balik Raya..........best sangat ke?

Assalamualaikum/Khaifahalaq,


Memang sekarang perkampungan Malaysia di Al-Khor Community tempat aku bermastautin ini dah agak lengang.Ramai yang sudah balik ke kampung halaman di Malaysia untuk sambutan Eid-Fitri. Mungkin yang tinggal nanti hanya beberapa kerat yang tak berkesempatan balik ataupun dah balik sebelum Ramadhan lagi juga yang akan balik pada Eid-Adha nanti,terpulang pada citarasa masing-masing. Teringat aku soalan`best sangat ke balik raya ni` terpulanglah pada mereka membuat penilaian.Pastinya nampak macam best.Anyway semakin ramai yang pulang kerana Eid-Fitri semakin hampir, maka semakin dekatlah family aku akan sampai ke Qatar,selepas mendapat pelepasan bercuti, berpuasa dan menyambut Syawal di kampung isteri aku di PD.Sesunggungnya aku lebih fokus pada 16 Sept 2010 hari family aku akan sampai berbanding 10 Sept kalau jatunnya Eid Fitri. Apapun Selamat pulang berhari raya pada yang berkesempatan dan Insyallah!! Welcome Back my family to Qatar........
Illaliqaq.

No comments: