Tuesday, October 28, 2008

Assalamualaikum........AhlamWassalam,

Alhamdulillah,setelah 2 minggu lebih berada di Qatar ini,buat pertama kalinya aku and the geng sempat solat Isyak berjemaah bersama imam yang pernah bertugas di Malaysia,imam yang amat terkenal dikalangan penduduk Kerteh.....barulah kali ini sembahyang kami tak perlu tergopoh-gopah mengejar setiap bacaan spt diimamkan oleh Tok Arab kat sini,Tertib dan toqmaninah pun lebih terurus,tidak seperti selalunya bila di imamkan oleh Tok Arab maka....expresslah jadinya sembahyang aku,boleh dikatakan setiap bacaan Fatihah tidak sempat dihabiskan,bacaan masa rukuk dan sujud pun sempat baca sekali je,dah lah tu bila habis sembahyang,memang dah jadi amalan kat sini tiada bacaan wirid dan doa oleh imam.....terus-terus bangun je selalunya,ada yang duduk sekejap tetapi pun berdoa seperti di Malaysia.
Banyak juga perkara pelik yang aku tak pernah tengok di buat oleh makmum-makmum di Malaysia yang menjadi kebiasaan di sini,mungkin kawan-kawan di PPTSB dah ada pengalaman semasa geng-geng Oman datang OJT dulu....tangan selalu bergerak2 kesana-kesini,mematikan handphone,ada yg menjawab SMS(kawan aku yg tgk),ada yang meletakkan spec ke lantai adalah antara perkara yg tak menjadi hal pada kebanyakan Tok Arab,maklumlah ada yg bermazhab Hanafi,Hambali,Ibadi ada juga yang ikut kesemua mazhab.......apa pun semoga ibadat kami diterima Mu Ya Allah,tunjukkanlah kami pintu-pintu rahmat Mu,Ya Allah....Kat sini pun,kalau awal-awal selepas Azan tu kalau nampak masjid sekadar ada 4-5 makmum shj,tetapi antara 15-20min maka berduyung-duyung lah jemaah yang datang....kekadang kat sini Azan je on time tetapi sembahyang memang sengaja di lewatkan....Alhamdulillah memang jemaah ramai,ada yang masjidnya setiap waktu sembahyang macam sembahyang Jumaat makmumnya,kata Ustaz yang menjadi imam kami.......
Imam kami ni sempat bertanya,tentang Dillah betul ke nak mari juga ke Qatar ni,sempat juga dia mengusik,Dillah tu kan takut ke bini ataupun bini tak takut kat dia,tetiba melintas pulok kereta macam Ghan...mung tgk tu,kat sini orang buat teksi je keta mcm tu,kata Imam tersebut,maklumlah Imam tu pun sekarang dah jadi orang kaya Al-Ghanim sekarang.......sebab tu cakap pun umph sikit,zuhud dia pun dah kurang sikit pakai Mits Highlander,tel pun dah updated....tapi sifat tawaduk dan istiqamah pada ugama memang dari dahulu lagi menjadi tunjang Imam ini,Ustaz Nasri.Siap mamat Syria kawan kami yang turut berjemaah bersama kami,kagum dan takjub dengan bacaan ustaz Nasri,tetapi bila ditanya dalam bahasa Arab,ustaz pun macam aku and the geng...masih mencari-cari maknanya,Insyallah,aku akan berusaha mempelajari bahasa Arab.,walaupun tak banyak....
Illalliqaq.



2 comments:

Princess said...

assaalamu'alaikum ustaz

Ante nampaknya dah okey

Cuma baju belang tu tukarlah sikit....macam mat bangla je..mentang mentanglah geng dia ramai bangla

Unknown said...

xlarat dah nk bce ..pnjg sgt..