Friday, October 31, 2008

Assalamualaikum......

Hari ini dah masuk kali ketiga aku berJumaat di negera Qatar ini,macam dah jadi routine Hari Jumaat ngan Sabtu,di paginya kami akan perkena roti canai dulu di kedai Mamak Taste of Asia,sekarang bolehlah sementara Wan Kamal masih solo menunggu mek dia mari(nanti mungkin kena gi dgn Hummer Rambo ataupun Nissan Infiniti Adik Wan pulok kok,aku punya GMC belum jumpa lagi)....Kesian Adik Wan!!!!bila turn dia bayar je,mahal pelik pulok kena hari ini....untuk 4 biji roti telur,4 biji roti kosong campur 4 gelas teh tarik...selalunya memang dah mahal pun,tapi hari ni lagi mahal.Qatar bang bukan Kerteh bukan kedai Pak Ali,ataupun kedai awek licin kesukaan Ringgo,Aru,Ustaz Shakri.Sendiri mahu ingatlah,Lepas tu....
Kami saja-saja pergi ke pasar ikan,daging,dan sayur-sayur.....usha-usha harga.Banyak gila ikan kat pasar,segar-segar belaka........mintak maaflah nak cari ikan selar,kembung yang dikatakan masih baru,tetapi bekasan air batu rupanya,macam kat pasar Dungun.Kat sini macam barang lain jugak hanya yang original dan terbaik di jual...so harganya pun,standard dan sendiri mau pikirlah.....
Cerita pasal ikan tadi....ikan selar,kembung,ikan sultan ibrahim.ikan cermin,ikan muduk,ikan aya,ikan yu....harganya lebih kurang Malaysia je,udang pun sama spt harga dekat Pasar Dungun!!!!!tetapi yang paling obvious mahal adalah sotong.Kalau yang harga dalam RM6-10 kat pasar Dungun tu,sotong yang halus-halus tu,bukan sotong jarum bang....tanya Mat Zaki panelman Benzene in waiting lah,sotong mendapa.Harganya memang mahal gila ooe.....dalam QR 30-35/kg.Daging dan ayam belum sempat usha lagi harganya.......next time kok.
Sayur,bawang besar,bawang putih,cili kecik/besar....banyak.Harga lebih kurang je.Cuma kepada kengkawan dari PPTSB...KR2B dan KR2A yang telah/sedang/akan mendapat offer itu....ada lah kok lagi 4-5 orang lagi rasanya,kena bawak awal-awal lah macam....asam jawa,lada kering,ajinomoto dan bahan asas memasak yang simple-simple tu,lepas tu belajar lah memasak sikit-sikit kalau tak untuk orang lain pun untuk kita makan sendiri..........bersambung.

1 comment:

Princess said...

HALLOOPPPP...tak de citer lain ke....dangdut ok gah...