Saturday, October 25, 2008

Assalamualaikum........

Semalam aku and the geng sempat ke Souq Al Wakif,macam biasa Wan Kamal lah yang bawa kami.Souq Al Wakif ni macam pasar kedai payang lah kalau dekat Terengganu Malaysia.Banyak benda lah yang ada dijual disini bermula dari makanan,pakaian,perhiasan,permata,emas dan macam-macam lagi lahTujuan aku and the geng sekadar menyilau-yilau apa-apa barang yang boleh dijadikan souvinier bila balik nanti.Pening gok kepala,pusing-pusing kat Souq ni.Dah lah Tok Arab ramai bunyi muzik mcm cerita Ali Baba P.Ramlee pun boleh tahan kuat,pelancong asing pun ramai.....tok arab siap bernyayi-nyayi lagi,ingatkan malam Jumaat dia orang duduk
rumah.....
Anyway Souq Al Wakif ini adalah tempat yang sesuai untuk mencari cenderahati kepada kepada sanak saudara dan kawan-kawan bila first time balik nanti,namum biasalah bila ramai orang
maka berbolok wok lah sikit jadinya......










ILALLIQAQ.

No comments: