Wednesday, November 12, 2008

Coretan minggu in di Qatar

Assalamualaikum,!!!!kaifahaluqha......
Hari ini,aku and the geng telah di bawa masuk kedalam kawasan CCB,untuk sedikit sessi familiarization.CCB ni macam MCB lah kalau office lama ok dulu,cumanya dia lebih besar dan lebih ramai penduduknya yang berbilang bangsa,kami sempat berkenalan dengan 4-5 orang panelman dan supervisor yang memang nampak berpengalaman kalau tengok umurnya yang baya-baya Jamal Abdillah/Jackie Chan atau Pele.Hari ini juga kami telah dibekalkan dengan PPE yang baru setelah hampir sebulan meninggalkan warna kuning coverall Petronas,safety shoes Worx.......dapatlah pulok coverall orange dan brown,sempat lagi aku ejast ambik kasut Red Wing walaupun mamak bawang yang berlagak gila nampak!!!bagi kasut kat aku jenis U-Vex pada mulanya,,,tapi dia dok tahu aku liar gok!!! dang lagi ejast dekat dept lain baham Red Wing yang mula-mula aku masuk Petronas dulu,first conclusion untuk familiarization ni nampaknya suasana dalam CCB ini,agak banyak panel consolenya dan surelah panelman nya agak ramai walaupun cuma seorang untuk satu unit,tapi bila dah ada 7 trains,setiap train tak silap aku ada 3-4 orang panel................so nanti dah masuk plant dan process area barulah aku akan lebih nampak...apa barangnya!!
DayB4
Alhamdullilah,Residential Permit(R.P)aku telah siap,setelah sebulan dalam prosses!!!!Insyallah aku boleh berada terus berada di bumi Qatar sehingga suatu masa yang aku sendiri belum pasti.Memang R.P ini adalah lesen yang memang ditunggu oleh siapa jua expatriate yang datang ke Qatar ini,barangkali ke Middle East pun.Dengan R.P ini banyak benda yang selama ini tergantung boleh aku buat umpamanya urusan lesen memandu,urusan visa keluarga,urusan dgn bank dan banyak lagilah yang mudah kalau ada R.P ini,aku tak perlu bawa pasport copy juga visa ke sana-ke sini lagi,maklumlah dah ada new I.C lah,ni kononnya.Selalunya urusan R.P ni memang mengambil masa 1-2 bulan pun,Alhamdulillah seperti yang aku jangka aku telah berjaya mendapatkanya base to e-mail i received.Walaupun aku sedikit risau juga,takut-takut kalau ada problem dengan aku punya medical dan x-ray yang aku buat kat sini hari tu,!!!anyway alhamdulillah everything goes ok,So!!!!Insyallah hari Ahad,16hb/11, nanti aku boleh pergi mengambilnya di HRM office...
So selepas ini dengan lR.P/new I.C yang aku akan dapat ini,aku akan berusahalah seterusnya untuk membuat lesen memandu sebelum pulang mengambil keluarga seberapa segera,mungkin akhir December nanti.....
DayB4,
Kelmarin aku telah pergi ke Malaysia Embassy,atas urusan visa untuk famili aku yang bakal datang.Aku kena `authentitic`surat beranak anak aku aku,sijil nikah dan akademik cert yang telah aku translate ke English,berdasarkan pada format orang-orang yang dah buat.Ada setengah orang kata tak perlu translate pun,ada kata kena translate.......so senang cerita buat je lah dulu,nanti kan kalau Qatar Embassy nak at least aku dah ada,kat sini bermacam pendapat pada sesuatu progress yang nak di buat,so aku ambilah the safest way.
Pejabat Malaysia Embassy ni,macam rumah orang je nampaknya,mungkin di sewa dengan tok Arab kok.Orang Malaysia yang kerja kat embassy ni pun tak ramai,mungkin 7 orang sahaja dari 16 yang ada.Pada awalnya,hajat dihati nak jumpa dengan pegawai dari Malaysia,tapi malangnya mereka sibuk sebab ada delagasi dari Malaysia yang datang,so aku buatlah appointment dulu,Insyallah ada rezeki nanti boleh lah jumpa....boleh tanya sikit pasal sekolah anak-anak Malaysia kat sini,sekolah India dgn Filipina pun dah ada...manlah tahu,boleh set-up sekolah Malaysia kat sini,rakyat Malaysia pun dah ada dlm 3000-4000 orang rasanya dibumi Qatar ini.....
DayB4,
Setelah hampir sebulan,barulah aku and the geng berpeluang meninjau kawasan plant R.G ni,tupun aku curi-curi naik bas yang membuat pusingan didalam plant untuk mengamil pekerja yang menunggu dilokasi tertentu.Memang besarlah kilang ni nampaknya,1 train probably sama dengan 3 unit dekat kilang Aromatik aku dulu,banyak juga yang masih dalam construction terutama dikawasan utilities.Terkejut juga aku bila tengok pipa-pipa yang agak besar sizenya,sama tinggi dengan coaster yang mengangkut pekerja kontraktor.Barangkali sizenya 100inci diameter.Nasib baik line tu, line seawater yang barangkali diguna utk unit utilities for cooling tower mereka.....
Ilalliqaq............

No comments: