Coretan semingguku ini d Qatar.
Alhamdulillah,dah masuk minggu keempat aku and the geng dibumi Qatar ini.Masih tak banyak perubahan dan juga movement yang berlaku.Bermula dari makan,training,kerja,environment dan masyarakat sekeliling kesemuanya nampak seakan dan hampir jadi immune.Aku masih lagi mencari-cari kereta yang bakal aku beli juga masih menunggu R.P untuk siap...barulah langkah akan menjadi semakin panjang dan makin clearlah jalan-jalan diQatar akan di jelajahi.

Makan.......beginilah bila hidup membujang,kenalah pandai-pandai bila nok makan,kalau boleh masak untunglah sikit tupun kalau rajin.Kat sini kalau nak selalu makan kat kedai,memang set-set Qatari jelah.Mana ada nasi 4-5 rial sepinggan,air mana nok dapat 2-3 rial segelas.So sendiri mau pikirlah.Makan kat kantin RG pun dah naik boring dah,mana doknya,asyik makan lauk pauk ala Arab dgn ala mamak je.Hentam sajelah sementara boleh ni.Kat rumah,nak masak bukan pandai sangat pun,bahan-bahan pun tak cukup,Nasib baik kalau hari Jumaat,Sabtu tu banyak undangan makan oleh geng-geng malaysia yang dah lama katsini, Alhamdulillah!!!!semoga rezeki mereka dan kami-kami ini,dimurahkan oleh Mu Ya Allah.Minggu ini ada 4 undangan makan...rumah Cuping ex VCM,rumah,Haji Barat,rumah Yus Ex PPT dan rumah Yus Ex PGB.Guana-guana pun makanan Malaysia tetap menjadi kegemaran ku..............inilah hasil pengamatan aku minggu ini,untuk beberapa perkara.............


Environment......sekarang dah masuk musim sejuk,suhu aka temperature dah bermain di sekitar 25-23oC.Sejuk pun dah terasa,Malamnya masih panjang,subuh pukul 4.17pg,Zohor pukul 11.20pg,Asar pukul 14.28tgh,maghrib pukul 16.55ptg.isyak pukul 18.24ptg.Kalau nak keluar rumah dah nak start kena pakai baju sejuk kalau hari malam,tapi hari siangnya masih macam cuaca Malaysia,cuma debunya agak banyak.
Suatu hari aku pasti kena beli,,gloves,tutup kepala,dan baju sejuk yang memang tahan sejuk bukan tahan air mcm wind breaker...temp akan menghampiri 7oC,bernafas pun keluar asap jadilah macam Arsene Wenger kat dalam tv masa tgk bola Arsenal lwn M.U......tahun lepas,tahun ni kempunan lah nak tgk EPL. Masyrakat........most of the places kalau aku pergi,for sure there's a lot of orang dan budaya Arab.Bau-bauan,makanan,culture memang Arab lah.MInyak Atar,kari kambing yang agak kow baunya dan bunyi hon kereta yang agak menebeng oleh Pak Arab,pantang lambat je mesti hon punya,yang kelakarnya jalan jem pun ada jugak Tok Arab yang hon nok suruh orang depan cepat jalan...gila ke hapa.Pastu kalau nak tengok orang yang pakai serban tapi ganas dan brutal bawak kereta memang disinilah tempatnya.....kaki atas dashboard,cross divider,parking atas divider,biasalah tu.Kalau kat shopping complex tu,ramai Nepalis yang kerja terutama bagi level bawahan.Geng-geng bawang macam biasalah ramai yang jadi buruh kasar.Kabayang pun sama...mesti ramai yang berjalan-jalan barangkali mencari teman dan mangsa,masalahnya kabayang yang lalu tu gred D,kalau gred B-A memang kena kebas di tok Arab punya...
Anyway...memang sembahyang berjemaah kat sini,menjadi keutamaan,Kat kedai pun orang sembahyang jemaah.Sembahyang maghrib dan isyak kat sini...senang-senang je nak cari makmum dalam 150-200orang,......Minggu ini sempat juga aku and the geng merasai pengalaman menangkap ketam.walaupun bukan rezeki kami barangkali,dengan hasil tangkapan yang agak sedikit at least aku dah merasai suasana sejuk didalam air setakat peha,berjalan


Minggu in tak sempat lah akunya,nok gi tengok Women Tennis Sony Ericsson Championship....ingatkan orang tak ramai yang pergi,rupanya mbik toh penuh pooor stadium.Last year orang kata tak ramai mcm ni,mungkin sukan tennis dah well known at Qatar ni.....tambahan pula ramai top players yang mai.Kalau Sharapova yang mai....mesti lagi ramai gila orang yang tengok.Tahun lepas masa final 20biji kereta....was offered for lucky draw,tahun ni tak tahulah.........
By the way,so far i`m still good and remain ok living at Qatar.Insyallah i `ll bring my family soon.Hopefully i can get my Residential Permit by this week.Insyallah.
Ilalliqaq...............Tammam
No comments:
Post a Comment