Saturday, October 25, 2008

Assalamualaikum........

Semalam aku and the geng sempat ke Souq Al Wakif,macam biasa Wan Kamal lah yang bawa kami.Souq Al Wakif ni macam pasar kedai payang lah kalau dekat Terengganu Malaysia.Banyak benda lah yang ada dijual disini bermula dari makanan,pakaian,perhiasan,permata,emas dan macam-macam lagi lahTujuan aku and the geng sekadar menyilau-yilau apa-apa barang yang boleh dijadikan souvinier bila balik nanti.Pening gok kepala,pusing-pusing kat Souq ni.Dah lah Tok Arab ramai bunyi muzik mcm cerita Ali Baba P.Ramlee pun boleh tahan kuat,pelancong asing pun ramai.....tok arab siap bernyayi-nyayi lagi,ingatkan malam Jumaat dia orang duduk
rumah.....
Anyway Souq Al Wakif ini adalah tempat yang sesuai untuk mencari cenderahati kepada kepada sanak saudara dan kawan-kawan bila first time balik nanti,namum biasalah bila ramai orang
maka berbolok wok lah sikit jadinya......










ILALLIQAQ.

Friday, October 24, 2008

Assalamualaikum.....syukran!syukran

Alhamdulillah,aku and the geng baru balik daripada rumah Yem Otai,perkena nasi dagang buatan isteri dia,syukran,syukran rasanya not bad .......bertambah-tambah juga kami semua tadi.Tadi ada lah jugak geng lama aku ,yg bergelar Nasir Gaban the Otai,yg dah datang sini hampir 3 tahun dah,semangat jugak dia maka makan pun semangat jugalah..... On the way tadi Wan Kamal,buat pertama kalinya telah mengisi minyak kereta Honda Jazz dia...murahnya lah minyak kat sini..isi QR 26 dapat 32 Liter lagi,kat Malaysia kalau harga macam tu pastinya rakyat akan lebih selesa,bila agaknya harga kat Malaysia nak turun...harga minyak sekarang pun dah bawah 70 USD.

ILALLIQAQ.....

Thursday, October 23, 2008

Assalamualaikum……

Hari ini aku telah mengambil kunci rumah aku,Ahad ini,26hb aku akan move out from the Merweb Hotel to my permenant residential house.So nanti akan bermulalah
hidup baru aku di rumah company.Maka tiadalah lagi suasana makan dihotel dan pakaian pun kenalah basuh sendiri….selama 2 minggu ini,RG sponsered aku QR 300/day untuk makan dan QR400/week for my laundry.
Rumah yang aku dapat itu bertaraf fully furnished,so tak dapatlah aku elaun perabut buat sementara waktu ini,sehingga berpindah pula ke rumah lain nanti mungkin 1-2 tahun lagi.Banyak juga benda yang kena beli spt rice cooker,kettle,pinggang mangkuk,kuali dan peralatan kecil-kecil untuk memasak dan kegunaan harian.Mungkin perlu jugak dalam seribu-dua nak beli barang-barang ni.Tak apalah kok,nanti bila dapat elaun perabut tu aku dah ada semua barang-barang tu….. boleh jimatlah elaun tu,banyak juga ooe jumlahnya QR 2++++.
Adik Wan pun akan berpindah ke rumah bujang bertaraf semi furnished,bestnya dia dapatlah furniture elaun QR 1++++,banyak gak tu boleh beli kete Ringgo in cash kalau dia nak jual.

ILALLIQAQ…….


Assalamualaikum….

Hari ini aku dan Adik Wan kena buat `finger printing`untuk process Residential Permit.
Macam biasa aku di ambil di hotel oleh shuttle RG.Perjalanan adalah dalam 40min ke immigration office.Office immigration ni nampak macam rumah orang je,tapi security kat Qatar memang ketat lah,nampak aje mcm simple.
Aku ingatkan finger printing ni,dia orang ambil cap ibu jari saja,rupanya kesemua jari-jemari aku diambil capnya.Siap dengan kedua-dua tapak tangan lagi kena buat scaning,jadi macam dalam cerita CSI lah puloknya. Tak tahulah dekat Malaysia kalau orang nak dapat residential permit kena buat macam tu jugak,Abang Mat Sulong dgn Hj Mang mungkin boleh bagi jawapan...Anyway!!! alhamdulillah everything goes ok.
Insyallah kalau ada rezeki aku di bumi Qatar ini dalam sedikit masa lagi aku akan dapat Residential Permit yang bakal memudahkan aku berurusan dengan banyak benda,especially can make preparation to bring my family to Qatar.

ILALLIQAQ.

Tuesday, October 21, 2008

Assalamualaikum,…
Disaat aku menulis ini,aku telah pun berada di hotel,bukan mengulor tapi balik awal sikit
sebab dok tahu nok buat mendapa kat office(tapi tak leh selalu).Schedule aku and the geng untuk training hanya bermula pada 26hb ni saja .Kami mencari-cari juga slot untuk masuk training dalam masa terdekat ni,malangnya semua dah penuh..very limited seat.Peliknya!!! kat sini kami kena proactive untuk buat booking dan cari date untuk training kami,pihak company cuma bagi list of training to be completed saja…the rest is depend on us,if we quest fast so that we can join shift early.Kalau dah masuk shift lagi ok gamoknya,rest pun banyak,duit mungkin lebih lagi kok,kok lah.Anyway banyak pengalaman baru disini,jangan haraplah nak dapat manjaan masa dengan Petronas dulu.

Day B4.
Semalam,selepas Isyak sekali lagi W.Kmal Otai mengajak aku bertiga perkena roti canai dekat kedai mamak Taste Of Asia,Yem Otai pun join kami sekali.Kami perkena roti sardin dgn teh tarik.4 biji roti sardin,5 teh tarik dan bungkus 5 roti kosong……cuba teka berapa harganya.Ok,kok kalau kat sini,kalau kat Malaysia mampuslah kedai ni kena boikot,siap dgn mamak-mamak sekali kena bungkus,pastu buang kat laut.
Selepas tu kami pergi ke Villagio,cari barang dekat Carefour.Aku cari neck pillow untuk guna dlm bas hari-hari,sakit kepala ooe kalau tak de bantal ni.Geng lain cari barang accesories lain...makanan dsb.Sempat jugak kami survey barang dekat Carefour ni,maklumlah next week kami dah kena keluar hotel masuk apartment yg company bagi,so kena silau-silaulah barang makanan dan apa-apa yang boleh membantu kami
menahan lapar.....2 minggu duduk hotel makan tanggung,nah kau nanti tahulah macam mana nak makan...masak ke,makan maggi,makan kat kedai(skali-skla bolehlah).
Anyaway banyak bahan mentah boleh didapati dekat Carefour,yang buatan Malaysia pun ada....harga!!!! ada yang mahal,ada yang murah.Sure kalau family mari nanti senang lah nak masak dan makan dan mesti jimat banyak sikit.....


ILALLIQAQ.

Monday, October 20, 2008

Assalamualaikum…..,Ahlam wassalam.

Hari ini aku dan Adik Wan,dah kena buat medical check-up for residential permit, Rambo belum lagi.Buat dekat hospital gov,Dia orang ambil darah dengan X-Ray saja. Banyak juga system dia orang yang ketinggalan dan ada yg advance pada Malaysia. Walaupun nampak tidak systematic tetapi everything goes find.Mula-mula kena bayar dan ambik bil dulu (QR100 company sponsored)Kalau di Malaysia bayar kemudian.
Ambil darah....macam Yem kata macam ambik darah ayam,main inject gitu je,aku dok tengok tapi Adik Wan kata memang kasar lah dia inject,dok mainlah slow-slow,itu doktor yg buat,kalau nurse tak tahulah camana,aku punya lengang bekok notong lepas ambik darah,sekarang nampak dah nak ok X-ray.....memang macam kartun lah,kena beratur panjang..yang kelakarnya masa beratur tu dah kena bukak baju,ada yang slim,terboyol,katang dan mcm-mcm.Aku bukak baju masa dalam bilik X-Ray je,bukan lama pun nak bukak baju.Jadilah kami tadi macam geng Bangla dan pelarian..
Insyallah kalau everything goes ok and no problem with blood and X-ray,i will get my RP after past the finger printing process.Hopefully Allah will help us,to stay much more longer here,even so far there is no obvious negative result from the expat,bimbang jugak kalau-kalau aku yang ada problem……dan sesungguhnya rezeki di tanganmu ya Allah.

ILALLIQAQ,

Sunday, October 19, 2008

Assalamualaikum......Alhamdulillah,hari ini setelah hampir seminggu tidak kena roti canai dgn nasi lemak,maka hari ini Wan Kamal Otai telah membawa kami perkena nasi lemak dan roti canai,Malaysian mari.Buat pertama kali dalam hidup aku,makan 3 biji roti canai...1 telur,2 kosong campur air teh tarik.Buatan Malaysia........apa lagi,lagipun dah seminggu padan perkena ala Arab punya makanan.Harga mestilah boleh tahan sikit......barang payah dapat,nak tahu berapa sen sebiji
nantilah aku balik Malaysia,insyallah bulan 1 ni kok.Tapi tak lah mahal sangat........may be add another 40% cost at Malaysia.

Petangnya kami merendap lagi ke bandar Doha,cari barang dan survey harga dekat Carefour,
Ada yang mahal dan ada yang murah dari Malaysia,yang pentingnya ada dan boleh didapati disini.Insyallah....everything will goes ok,


KULLUTAMAN,....ILALLIQAQ.

Saturday, October 18, 2008

Assalamulaikum........

Maka hari ini sudah masuk seminggu aku berada di bumi anbiaq Qatar.Banyak pengalaman baru yang aku dapat,susah senang,kerinduan,makanan dan bermacam-macam.But in conclusion for my first week here at Qatar,is as follows..
1.Cuaca.....walaupun sekarang dah masuk musim sejuk,bahang panas temp 28degC kat sini
agak berbeza dengan Malaysia,duduk bawah pokok atau bumbung pun mungkin tak tahan
lama.Kalau musim 52degC tu tak tahulah camana,lu pikirlah sendiri
2.Environment dan culture......agak bercelaru sikit,sebab banyak nationality kat sini,Filipino dan Indon dah lama masuk Qatar,kita rakyat Malaysia mungkin dah ada dlm 300 keluarga baru.
3.Makanan.....makan kat kedai agak mahal,tapi quantitynya agak banyak(tapi seorang punya cukup untuk 2-3 org)masakan kebanyakan agak lain rasanya dengan Malaysia,walaupun ada unsur nak sama.
Roti canai,nasi lemak pun ada kat sini Kedai Mamak yang pernah bukak kat Taman Melawati,order pun baham Melayu je.....harga kow lah sikit.Barang payah dapat.
Makanan mentah...senang aje nak cari,ikan basah lagi segar..tiap2 petang ada dijual di kawasan
Cornish,harganyapun lebih kurang malaysia je,daging,ayam,sayur,bawang.....jangan bimbanglah. 4.Sekolah....aku belum tahu lagi,apa pendapatanya,Family aku belum mai.Tapi most of them
kata ok,anak2 akan suka sekolah kat sini.Hopefully macam tulah.
5.Kerja....there`s too many race`s here,mentality kena independent.Geng bawang merah and bawang putih selalu tikam belakang,kena be careful.Kilang banyak lagi yg nak naiknya.Pasti ramai lagi geng Malaysia yang akan datang.
6.Sosial for family....shopping complex banyak kat Doha ni,untuk family Jumaat adalah yg dikhususkan,orang bujang payah nak masuk.Anak-anak mesti suka punya,sebab ada playground dan tempat release kan tension.
7.Housing.....Alhamdulillah,untuk RG dan QG rumah company agak selesa,aircond 24jam.Panas
siol kalau tak dok aircond.Kalau Senior Staff(Exec) lagi power rumah,org kata boleh main
badminton dan buat sembahayang jemaah untuk 50 org.
8.Transport.....pergi kerja dengan bas/shuttle company.Anak2 sekolah pun naik company bas.
Vehicle kat sini memang murah banyak pada Malaysia,deduct another 40 - 45%.
Kereta kat atas jalan,banyaknya kereta barulah,Lexus,Altima,X3,X5,Honda,Toyota,Suv
....nok cari kereta honda macam Abang Mat Sulong....payahlah nok tengok,kereta mcm aku
dgn Ringgo tu memang geng bawang dan Bangla je lah pakainya.



9.the rest akan bersambung.......

ILALLIQAQ,

Friday, October 17, 2008

Alhamdulillah... syukran,syukran

Aku and the geng,baru balik Open House hari raya kat rumah OTAI Qatar kat sini.Ramai jugak geng Melayu yg dapat kami jumpa,so dapatlah berkenalan.Total family tadi adalah dalam 20 family,Nasir Katang(geng lama aku dari Instep),Haji Barat,Yasser,Leo,Yem dan ramai lagilah geng2 dari Malaysia yang ex-Petronas.Makanan tadi nasi minyak,laksa ganu sedap lah pulok
Mungkin dah 4-5hari asyik makan,makanan ala Arab je.....






Sempat juga bergambar dengan motor Harley Davidson Haji Barat.












Assalumualaikum..........

Hari ini,Jumaat pertama aku,Rambo dan Adik Wan disini.Alhamdulillah kami telah menunaikan fardu jumaat dalam serba kedaifan.Kami sampai agk lambat sikit,maklumlah first time...penuh por
doh masjid,sampai ke kaki lima .dan ada yang terpaksa bersembahyang di tengah panas,termasuk Adik Wan.Aku dan Rambo sempat menyelinap masuk ke dalam masjid dalam keadaan yg bergitu bersesak-sesak.Minggu depan aku mesti kena pergi awal.........

Khutbahnya cukup bersemangat walaupun aku tak paham apa isinya,so jadilah kami mcm mat bangla atau tok arab yg datang kat malaysia selalunya..........dengar dan dengar,aje tapi tak paham.
Petang ini ada jemputan open house Aidilfitri kat rumah geng lama Qatar,so hari ini insyallah boleh merasa makanan cita rasa Malaysia.

ok..see u then.
Assalamualaikum.........
Hari ini hari ke5 di Qatar,macam dua-tiga hari lepas kat office RG,the process is very slow
and we have to be more proactived to our own progress mcm mecical,training to be complete
and many others things.Anyway cukup masa pukul 3ptg waktu Qatar...baliklah aku and the geng hampir 1 jam 20 min dari RG Office ke Hotel.
Biasalah bila dah sampai hotel,ramai kengkawan lama yg dah senior yg ajak keluar,so hari ini turn Amir OMS mengajak kami celebrate 1 completed year he was at Qatar.So kami pergilah
bersyisa di Al-Halul,aku tengok je,temankan dia orang.Sebelum tu kami sempat pergi melihat kedai menjual kereta,cuci mata...bukannya nak beli pun.Banyak jugak kedai kereta mewah kami masuk antaranya ...GMC,Hummel,Mazda,Infiniti,Nissan Skyline 2009.Harga memang murah banyak lah dari Malaysia......... probably deduct another 40% from Malaysia.
So aku attachedkan beberapa gambar sekadar hiasan,yang lain nantilah aku letak dalam photo bucket nanti.........so sekarang kereta impian aku adalah Mazda CX9 yg harganya di Malaysia RM200K+++,tengoklah macamana kalau ada rezeki.
Assalamualaikum….

Hari ini hari ke 4,aku di Qatar.Macam kelmarin pukul 5.30pg aku dah keluar hotel menuju ke RG.Hari dah start cerah, 5.30pg Qatar macam pukul 7.30 pg waktu Malaysia.
Hari ini aku,Rambo dan Adik Wan,akan bersambung di training section.Memang betul kata geng senior banyak benda kalau nak komplain kat sini,tapi biarlah…memang begitu tabiat dan cara kerja orang disini,terutamanya geng-geng bawang,tok Arab pun sama…banyak process nampak slow.Hari ini `by right`nya tak da benda yang kami buat,sekadar fotostat dan menunggu waktu balik.
Cukup masa makan,yg bestnya pasal makan ni,company sediakan makan tengahari setiap hari pada pukul 11.30pg,deduct to our salary QR4 subsidised by compony QR9.Makanan pun boleh tahan banyak pilihan dan ala-ala hotel.Dasyat jugak kerja kat sini,kita dapat benefit and privilleage yg hamper sama semua orang,cuma besar dan kecil.
Waktu kerja dekat sini 0730pg hingga 3.00ptg,pukul (11 .30pg hingga 12.30tgh lunch time.)
Susah jugak nak normalized masa kat sini dengan mentality aku,asyik mengantuk je,bila dah start maghrib(5.30ptg)maklumlah Malaysia masa tu dah hamper 10.30mlm,Rambo dgn Adik Wan pun sama.Marah juga geng2 senior kata bila meraka ajak merendap kami asyik mengantuk je………….dia orang dah lama,dah immune,tak pe lah.
Anyway mlm tadi sempat jugak kami dibawa bersiar-siar menaiki kereta Lumina S 5700cc ,Yem punya,power gila.Malam ini pula W.Kamal sempat bawa kami ke Carrefour di sektar Doha,balik awal jugak dok tahan,habis geng kami ni ngantuk gila,dok leh celik mata.

Wednesday, October 15, 2008

Assalamualaikum….

Hari ini hari ke 3 aku di qatar,pukul 0530pg aku dah keluar hotel,menunggu bas/shuttle untuk ke rasgas.Pukul 0530pg tu memang dah cerah.Maklumlah subuh kat sini pukul 0340pg.Biasalah pasti ada banyak expect unexpected things is still occurred.Hari ini sessi aku adalah sambung urusan dengan HR dan Training Dept……
2 jam menunggu training rep to entertain,Mamat Bawang biasalah,geng senior kata mesti Mamat Bawang nak tunjuk lagak sikit.tak pa lah tunggu jelah………kita nak ke dia.Pukul 3 ptg waktu Qatar(Malaysia 8 mlm)habis sessi hari ini,
Hari nin iugak aku ada appointment nak tengok rumah,bakal diduduki selepas 2 minggu nanti kat hotel MERWEB.Ok jugak rumah,bapok besar bilik master dan bilik lain2.Ruang tamu dgn dapur pun not bad lah………rumah ni kalau kat Malaysia,kos sekarang mungkin dalam 300K,siap fully furnished lagi,ada kolam renang,ada gym
kira ok lah……….alhamdulillah.Harap-harap nikmat sebegini,bakal menjadikan aku lebih bersyukur pada Mu ya Allah..........ini adalah contoh rumah yang geng2 kami duduki,rumah aku nantilah aku show kan gambarnya

Tuesday, October 14, 2008

Assalamualikum..........

Hari ini,jam 6.30pg aku dah keluar hotel naik shuttle,menuju ke RG.Cerah gila dan siap panas dan
terasa bahang doh masa tu.hai ini ada breifing HRM tentang benefits dan privilleage,ok jugak.
satu yang peliknya kat Qatar we have to expect unexpected things to happen.Alhamdulillah,everything is manageable.






Pukul 6.30pg tu dah panas mcm pukul 10pg dekat Malaysia,panasnya dah terasa.Aku sekarang duduk di Doha,jarak ke RG Office lebih kurang dalam 1jam perjalanan,tempat dia nama Ras Laffan.

Route perjalanan aku seperti berikut,untuk 14 hari berikutnya ni,dan mungkin untuk 1 tahun ini juga sebelum dapat berpindah ke housing community di Al-Khor.

Hotel(Doha) ----Al Khor(Bertukar shuttle) ------RG Office(Ras laffan)
(25min) (45min)

Orang lama mesti dah boring gila,aku,Adik Wan,Rambo macam orang darat padan duduk ambil gambor je....,

Ilalliqaq.
Assalamualaikum....

Aku dah sampai kelmarin jam 11pg(MAL Time),0600pg waktu Qatar.Masa tu dah cerah buta
kat sini,macam pukul 9.30 pg dekat kita.Puas gila naik flight,8 jam lagi .Doh lah nok tido dok berapa boleh.....budak-budak kecik siap menangis lagi kepuasan.Aku pulok takut nok buang air besar je,bimbang gok nok basuh guana..mana ada pipe air dlm toilet.Nanti aku sambung.....