Friday, July 3, 2009

Bukannya halangan hanyalah peluang

Assalamualaikaum/Khaifahaluqa...

Risau juga aku takut terpilih untuk manpower back-up untuk start-up TR6 Rasgas ini,walaupun kalau pikirkan OT yang agak banyak,pastinya seronak.Ya lah dah kena kerja sebulan berterusan samaada siang atau malam,mestilah OT sekitar 15-16hari. Tapi sehingga aku menulis ini dan nampaknya masih belum ada mail dari boss,tentunya mereka yang agak senior dah terpilih untuk pergi. Alhamdulillah,rasanya dah selamat, walaupun aku sebenarnya dah bersedia kalau ditakdirkan kena join start-up team TR6,tambahan pula family aku sekarang kat Malaysia. Anyway, rasanya TR6 Rasgas itu,masih kekurangan manpower bilamana ada yang dah berhenti baru-baru ini dan mungkin sekarang berkelana di Shakalein,Russia.Dan kalau dilihat pula pada iklan dari aprecruitment.com.my yang baru keluar pada 1 Julai 2009,masih memerlukan ramai operator untuk LNG plant samada berstatus residential ataupun 28/29 rotational basic,petanda Rasgas ini masih kekurangan manpower yang agak ketara,yang bestnya dekat iklan tu specially mentioned `Malaysian Only`!!! So apa lagi pada mereka yang disana cuba,cubalah!! inilah peluang kalau nak merasa kepanasan sehingga 50 deg C ketas,setiap masa air mandi sentiasa panas,nak berwuduk pun mcm pakai air panas. Ataupun nak merasai kesejukan maksima,hampir mencapai 15 deg C,tidak ada tempat yang panas melainkan sejuk belaka,air wuduk pun umpama air batu,apatah lagi air mandi,kalau tak ada water heater...alamak tak mandi lah.Ataupun nak merasai pengalaman naik flight setahun sekali,satu family di sponsor,ada duit lebih pulak tu...banyak.Ataupun nak merasai pengalaman naik motor ATV ,mungkin juga pengalaman melompat dengan jentera 4WD di di padang pasir.Pada yang suka menangkap ketam, jemput-jemputlah datang merasai pengalaman ketam bermain ditepi jari-jemari.Pada yang suka makan beriyani kambing dan `chicken bukhara` cubalah rasa taste Arab dan Mamak kat sini,ayam Turki grilled dan BBQ chicken pun best gile.Biawak Dart pun banyak,tapi kena usahalah sikit,ataupun nak melanggan susu unta dengan Amir M,QR12 aje seliter,mungkin juga nak try madu Iran,kena sesudu pasti nak lagi...dicampur pulak dengan Habatul Sauda,harga pun mestilah boleh tahan 150-300 QR sebotol ikut size botolnya lah.Tapi yang paling beruntung dan dituntut peluang menunaikan umrah dan haji pada usia yang lebih muda,bukan pergi seorang, boleh bawak satu family.Tak ada lagi alasan duit,kalau dah pendapatan tahunan mencecah harga Honda Accord 2.4 I V-tec pasaran Malaysia,gabungan duit gaji,ot dan tiket flight...insyallah kita mampu menabung bagi harga sebuah Honda Accord 2.0I V-tec pasaran Qatar,setiap tahun,lima tahun dah lima biji!!!bro. Memang kalau nak diceritakan yang seronak dan best pastinya tak nampak yang kurang eloknya, mana ada tempat dalam dunia ini yang semuanya elok belaka,namun ingatlah Allah maha adil,bila kita baik pastinya akan dibalas baik walau dimana kita berada.Sesunguhnya itu bukan halangan,tapi sekadar peluang.....
Maksud firman Allah`dan sesungguhnya amatlah luas bumi Ku ini,berhijrahlah kamu untuk kebaikan dunia mahupun akhirat mu`.Amin.

illaliqaq....

Thursday, June 25, 2009

Family Ku Balik Kampung

Assalamualaikum/khaifahaluqha.

Nampak sangat anak lelaki aku yang besar itu,gembira dan tak sabar nak balik ke Malaysia.Mungkin kerana dia agak rapat dan pastinya rindu kat atuk nya.Jam 8 malam lagi dah ajak ke Doha Airport, walaupun flight sebenarnya hanya sekitar jam 4 pagi waktu Qatar.Maklumlah dah 5 bulan mereka disini,banyak sangat yang mereka nak buat bila balik nanti!!!makan kuih-muih dan masakan Malaysia,main hujan,main playground dll.Anyway mereka semua akan pulang ke Malaysia selama lebih sebulan,atas tujuan utamanya meraikan dan turut sama memeriahkan perkhawinan adik lelaki isteri aku, juga terus mengambil peluang bercuti pada musim panas gila di Qatar ini,ya lah sekolah pun akan memulakan summer breaknya seawal Julai ini sehingga awal Sept depan.Jadinya bermulalah kembali kehidupan bujang sementara aku di bumi Qatar ini,kebetulan pulak keluarga Man Rambo juga pulang bercuti dan keluarga Amir pun turut pulang,kerana ibu mertua Amir telah kembali ke Rahmatullah 3 hari lepas....Al-Fatiihah.Cumanya Dekwan yang skang yang ada teman sehidup-semati membawa isterinya berbulan madu di tengah panas terik negara timur tengah ini,pelik tapi benar,bagus juga tu susah-senang pasti ditempuh bersama. Congrat,Dekwan. Selamat pengantin baru...moga kekal ke akhir hayat. Apapun memang salute lah kat isteri aku ni,walaupun dari dulu lagi aku tahu memang dia seorang yang agak survival,bilamana dengan anak kami yang dah empat ini,dengan transit time yang agak lama menunggu di Dubai airport sekitar 5jam,dia agak relax je, menjaga dan membawa anak-anak aku pulang ke Malaysia,barangkali jugak perasaan nak balik menghilangkan semua kerenah dan suka duka perjalanan mereka.Semoga semuanya selamat pergi dan balik,Amin.Anyway this is the first try for them to return independently,as well as using Emirates Airlines,instead of Qatar Airways normally.Ya Allah selamatkanlah perjalanan mereka pergi dan balik,sempurnakanlah urusan mereka dari mula sehingga ke akhirnya.Amin.!!!!By the way!!sempena cuti sekolah musim summer break ini,harga tiket pastinya naik melambung sehingga mencecah 5-6k QR untuk ke Malasyia dengan Qatar Airways,yang kebiasaanya sekadar QR 3k aje.Memang rata-rata oarang Arab suka bercuti di Malaysia pada musim panas mereka ini,sehinggakan seorang Qatari agak pelik bila tahu aku tak balik bersama keluarga sedangkan kalau berpeluang dia mahu bercuti sehingga 4 bulan di Malaysia,ya lah duit meraka banyak,setakat hotel 5 star, harga 6-7 ratus masih dikatakan agak murah.Memang powerlah tok-tok Arab ni..........

Illaliqaq.

Friday, June 12, 2009

Pasar Malam DQatar

Assalamualaikum/khaifahaluqha....

Alhamdulillah dan terima kasih bebanyak pada organising comittee yang berusaha membawakan pasar malam ini,walaupun tak besar tapi cukuplah untuk membawa family mengingati dan dapatkan kuih-muih dan masakan Malaysia. Sambutan memang dasyat,ya lah kebanyakan Malaysian yang ada kat Qatar ini pastinya rindukan masakan Malaysia,walaupun memang jauh bezanya pasar malam paling kokak di Malaysia dibandingkan dengan pasar malam paling meriah di Qatar ini.Harga makanan pun kenalah ikut harga Qatar!!!!kuih apam 4 biji,kecik peeh QR 5,nasi berlauk sikit tuek QR 10,laksam pun QR 10,air oren/sirap satu gelas QR 5....tapi nampaknya semua habis di sapu dan diserbu pada peringkat awal lagi,kalau murtabak Bukit Teruna datang jual mesti boleh jadi kaya,mahu jadi 30-50 QR murtabaknya......anyway usaha mengadakan pasar malam semalam amatlah di hargai,terutama pada MAQ dan Malaysia Embassy yang mengguna pakai ruang kosong embassy sebagai tapak jualan!!!hopefully next time ada lagi,dan kalau boleh harga makanan biarlah berbaloi dengan kuantitinya.........
Ilalliqaq...

Tuesday, June 9, 2009

Ya Allah leganya....

Assalamualaikum/khaifahaluqha...

Maka semalam 8hb Jun,telah habislah sessi kerja malam aku yang paling panjang dan lama dalam hidup,25 malam berterusan selepas di tolak off satu hari.Rasa nikmat yang amat sangat dapat kembali mengambil off day 4 hari solid,Insyallah semoga panggilan OT ad-hoc tiada dulu buat sementara waktu ini.Aku nak rehat,nak bawak anak-anak pusing-pusing bandar Doha ini, tambah pulak offer summer season agak banyak sekarang.Kalau panjang umur ada rezeki mungkin tahun depan April 2010 berjumpa lagi dengan schedule yang outlaw dan agak gila ini, bilamana Train 5 Rasgas LNG, train aku pulak yang akan shutdown.Tak tahulah camana samada aku nak teruskan hasrat untuk proposed schedule yang selalu aku and geng PPT ikut masa shutdown dan commisioning dekat plant lama dulu,3 hari siang,3 hari malam dapat 2 hari off day yang memang lebih jauh baiknya dari berterusan siang atau malam tanpa off pulak tu.By the way tak sabar jugak nak tunggu next salary,yang kata senior mungkin boleh mencecah pendapatan basic 3 orang ADUN!!!!Alhamdulillah.JazaqAllahQhairanQasiran.

Illaliqaq,

Friday, June 5, 2009

Masih lagi malam...

Assalamualaikum/khaifahaluqha,
Malam ni sepatutnya dah malam last untuk shift marathon 22 malam tanpa off day Shutdown Tr 3/4 RasGas ini.Tapi sehingga aku menulis ini,masih belum ada new schedule ataupun apa-apa berita untuk balik ke normal shift.Nampak gayanya dan seumpama pasti kena sambung lagi 4-5 malam sehingga kedua-dua Tr 3/4 Rasgas ini back to normal, as well as to produce LNG tanggal 9 June nanti.Kalau nak ikutkan dah nak jadi immune dengan suasana kerja begini bila dah masuk 22 malam ini,tak lah flat atau mengantuk gila pada malamnya,balik siang hari pun sekitar jam 11.30 selalunya aku baru tidur,maklumlah waktu Zohor dan Asar agak awal masuknya,jam 1134pg dan 2.58ptg.Namum tanggungjawab sosial dan famili yang agak terbatas,itu aje yang nampak problemnya.........
Apapun ManRambo pasti beruntung,bilamana selepas penat bergelumang dengan shutdown sehingglah semalam,dia telah pun berada di Malaysia untuk meraikan perkhawinan adiknya dan dapat melepaskan penat dan letih di kampung sendiri,dapat pulak makan makanan Malaysia!! best ooe.Ditambah pulak bila fikirkan next month punya salary yang agak boleh lumayan,pasti berbelanja sakan lah dia!!!Bagi Dekwan,yang memang dah ditakdirkan kurang mendapat habuan dari shutdown ini,hanya terlibat 4 hari sahaja,OT pun mungkin 2-3 hari aje,nak buat macamnana dah bilamana majlis perkhawinan beliau tarikhnya jatuh pula sekitar tarikh shutdown Tr 3/4 ini.Nasib baik dapat cuti kalau tak kena anjak lagilah kali kedua selepas anjakan pertama ketika kami baru sampai ke Qatar bulan Oct 2008 lepas.Anyway aku harapkan dapat kembali ke shift normal seberapa segera,baru dapat aku kembali ke routine hidup seperti biasa setiap hari!!!!!
Sedih,malu dan hairan jugak macamana Stadium Tuanku Mizan boleh runtuh!!!Siapakah culpritnya?

Illaliqaq.

Wednesday, June 3, 2009

Shukran.....dah settle.

Assalamualaikum/khaifahaluqha,

Alhamdulillah,aku telah menerima e-mail confirmasi dari Petronas,yang mana aku telah melangsaikan kesemua hutang rumah aku yang berjumlah Rm102k. Dengan lain katanya tiada lagi hutang rumah aku dengan Petronas yang sepatutnya berbaki sekitar 19 tahun lagi, tetapi bertukar pulak ke International Bank Of Qatar disini kepada sekitar 5 tahun sahaja pula. Mungkin ini satu hikmah hijrah aku,dapat selesaikan baki hutang rumah kepada masa yang lebih singkat lagi,mungkin juga aku mampu selesaikan lebih awal lagi,Insyallah,mudah-mudahan. Walaupun sebenarnya aku kerugian sekitar Rm4000 atas susut nilai mata wang yang telah aku kirimkan hari tu,tapi Alhamdulillah aku masih diberi ilham dan ruang untuk selesaikan juga baki pinjaman ini.So yang tinggal lagi aku kena sediakan lawyer,untuk releaskan rumah aku itu daripada pihak Petronas. Anyway,everything is cleared now,just waiting clearance letter dari Petronas dan yang lawyer tu lambat pun tak kisah,sebabnya ianya dah jadi hak aku sekarang,kecualilah aku ada problem dengan IBQ di Qatar ini. Siapa tahu suatu hari aku mampu memiliki rumah lain pula. Shukran,Mabruq thanks Allah for your rezeki dan rahmat.

Ilalliqaq...

Ilalliqaq.

Saturday, May 30, 2009

Mal Assc Qatar(MAQ)....event

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Walaupun telah melalui 14 malam,berterusan.Hari ini aku gagahkan diri dan kuatkan semangat untuk menyertai Kejohanan Ping Pong anjuran MAQ,game pool juga ada,tapi aku tak ambil port,sebab memang buta kayu dalam sukan tu.Nasib baik Leo@Jamzani ada turut sertai,so sekali-sekala aku pun jenguk lah bekasan star player snooker utk team Oil Business tempat kerja lama aku dulu ni main.Walaupun sedikit celaru pada mulanya,sebab banyak game clash bila orang sama akan main untuk game ping pong dan pool,juga progress yang agak slow,tapi kemudiannya dah jadi smooth bila masuk peringkat 1/4 final.Actually sambutan is not bad,bila mana ada sekitar 22 player utk single dan 7 team untuk double bagi ping pong,dan ramai jugak yang main game pool,antara 12-14 orang.Datuk duta Malaysia pun ada mari tengok tadi. Tapi yang tak syoknya,bila dah masuk peringkat 1/2 final untuk kategori ping pong single,sekitar jam 3 petang,aku dah rasa pelik,seolah hilang oksigen dan imbangan.Mana taknya aku masih belum tidur semenjak pukul 5 petang hari sebelumnya,dah lah aku terpakasa melalui 22 malam berterusan.Walaupun aku menang set pertama untuk kiraan 21 ini,tapi aku gagal di 2 set akhir walaupun kata orang matanya agak berambat,tapi aku rasa mamat tu main lebih bagus sikit tadi,that why dia boleh come-back walaupun aku cuma kalah deuce pada set ke3 tadi.Bagi kategori double aku dan Amir layak ke final,tapi sekadar no 2 aje bila kalah pada geng kami dari Rasgas jugak.
Secara overallnya rata-rata kesemua player tadi,sekadar berada dikelas 3-2.Tak ada pun yang obvious dan very outstanding. Adalah 6-7 orang yang jatuh ke kelas 3-4,smash pun macam badminton,jumping smash!! dan yang tak tahu kaler,format dan cara bilangnya pun ada.Anyway congratulations to MAQ for organising this good event,just for fun and to mingle most of the Malaysian in Qatar and for sure present and trophy is not the goal for most of the participant today,including aku. Leo@Jamzni pun seperti diduga berjaya mendapat no 2 dalam game pool,dia telah dijinakkan dan dititik oleh bro dari Qatar Petroleum dlm game pool 8 balls.

Ilalliqaq,

Tuesday, May 26, 2009

Panjang lagi malam

Assalamualaikum/khaifahaluq,

Alhamdulillah malam ni dah masuk malam ke 12,untuk shift marathon 22 malam aku ini,tinggal lagi 10 malam.Harapnya aku dapat teruskan sehingga malam terakhir,barulah aku dapat rasakan pengalaman kerja 22 straight nite.Walaupun aku sendiri dah rasa tak sedap badan tapi Insyallah aku akan cuba go-ahead sampai ke malam last,tapi apapun manusia merancang Allah maha perancang.Wallahuallam...Sebenarnya aku tak dapat bayangkan,bila mana geng-geng senior kata,masa commisioning Tr4 dulu mereka kena kerja selama 5 bulan terus-terusan malam,without off day.Katanya santai aje,lebih baik malam dari siang tak banyak sangat maintenance job,cumanya masa tidur jadi totally berubah...go-ahead aje lah,lagipun income not bad boleh beli Proton Iswara kereta kebal cash tiap-tiap bulan.Sekarang ini pun baik kerja malam,sebab temp siang hari dah mencecah 47-48oC.Tambahan pulak plant LNG Tr 5 aku ni, 2 hari lepas mengalami 2 kali shutdown dan process start-up akibat instrument failure. Walaupun pada dasarnya kilang LNG ni lebih aman dari kilang Aromatic aku dulu.Jenuh jugak kena start-up,anyway it`s a good lesson and experience...


Illalliqaq.

Friday, May 22, 2009

Co2 Released

Assalamualaikum/Khaifahaluqaha,

Selepas enam malam pertama yang agak relax pada sessi kerja malam aku yang panjang ini.Semalam pada malam ke 7,NGL unit Train 5 LNG,Rasgas Co LTd berlaku tripped akibat CO2 release was detected at load compartement Gas Turbine 55KT102. Berbetulan pulak aku berdua aje dengan senior dari Indonesia,mamat Qatari sorang lagi sepatutnya untuk crew sementara ini,tapi dah 5 hari tak ada kabar berita.Orang kampung mana ada orang berani tanya,supervisor pun buat pejam mata aje,mungkin takut kena hantar balik kan!!parah jadinya....So bilamana senior aku itu dah kena jadi on-scene commander,makanya tinggalah aku yang kena access GasTurbine area untuk check CO2 level,whether is was released or not.Kenalah aku pakai BA Set untuk access area,bersama-sama 2 orang lagi dari team RasGas Emergency Response.Gabra jugak aku bila aku yang kena,tapi aku buat berani je,pakai Ba Set walaupun dalam hati terfikir kalau betul CO2 was released, dibuatnya pulak BA Set aku tu failure, tak ke malang jadinya,tu kan actuall situations, bukan traning macam dekat Tok Arun ataupun TATI...Mat Seq ngan Rambo mesti suka selok bila teringat kisah pakai BA Set masa training kat TATI 6-7 lepas. Anyway,Alhamdulillah selepas di access condition, there`s nothing abnormal found.Ternyata NGL unit tripped itu kerana problem lain ,anyway,it`s a good lesson and knowledge for me last nite,bilamana aku dapat melalui plant tripped dan start-up at first time di NGL unit LNG plant ini,walaupun process start-up tak lah susah mana.......

Ilalliqaq.

Saturday, May 16, 2009

Malam Yang Panjang

Assalamualaikum/Khaifahaluqha...

Bermula semalam 14 May 2009,aku akan melalui 20 malam berturut-turut shift malam tanpa off day.Aku pun sebenarnya agak risau memikirkan macamana nak menghabiskan 20 malam yang sukar ini,tapi bila dilihat pada senior-senior dan OTAI di Rasgas ini yang nampak agak relax aje,bila nama mereka dischedule kan untuk kerja pada malam yang panjang ini,takkanlah aku nak give-up,so just let it be first,then i shud think or do something.Anyway walaupun Train 5 LNG Rasgas ini,tak telibat dengan shutdown untuk Train 3/4 tahun 2009 ini,tapi bilamana manpower di combined kan untuk setiap 2 shift bagi pagi dan malam,makanya kenalah aku menghadapi 20 malam berturut-turut ini. Mungkin juga bos-bos yang kebanyakannya bawang-bawang di Rasgas ini,tak tahu nak buat jadual yang lebih bagus dan balance,ataupun mereka malas nak fikir mungkin juga bila soal OT tak jadi hal during shutdown maka begitulah jadinya!!!
Tapi Alhamdulillah,banyak juga rezeki yang bakal diperolehi hasil kerja 20 hari berturut-turut malam ini,dapatlah antara 11-12 hari extra,so ikut je lah dulu,tengok macamana!!!

Illaliqaq...

Tuesday, May 5, 2009

RumahKu SyurgaKu

Assalamualaikum/khaifahaluhqa.....

Alhamdulillah,aku telah berjaya mengirimkan sejumlah wang untuk selesaikan baki hutang rumah aku dengan Petronas. Walaupun aku pun sebenarnya masih tetap berhutang di Qatar ini,untuk tujuan itu,namum aku berjaya memendekkan tempohnya dari baki sekitar 20 tahun lagi dengan Petronas menjadi 5 tahun sahaja di sini,mungkin juga Insyallah aku mampu selesaikan lebih awal.Banyak juga interset yang aku terpaksa langsaikan atas hutang tertangguh ini,mungkin sekitar Rm 4-5K, aku pun malas nak ambik tahu jumlah actuallnya.Bayar jelah!!!kalau fikir dan ingatkan memang sakit hati!!mana taknya,interestnya 7.8% permonth base on balance.Seinggat aku masa aku nak berhenti dulu bakinya sekitar Rm120K,tetapi sekarang selepas sejauh ini,aku dah bayarkan interestnya sekitar Rm4-5K,tolak KWSP yang aku keluarkan Rm23K,masih lagi berbaki Rm102300 as of today,mungkin juga aku akan dikenakan sedikit lagi charge,kerana mungkin selepas currency exchange pastinya aku tak mampu mendapat duit sejumlah itu,sebabnya aku kirimkan dalam 27945 in USD,nampak duit RM pun tengah fluctuate ke tinggi je ni.Kalau aku kirimkan awal-awal in RM,sure susut nilainya pasti makin banyak.Anyway, Alhamdulillah!aku masih mendapat alternatif ini, selepas hampir 4bulan MayBank Finance masih belum memberikan kelulusan untuk convertkan loan rumah aku, walaupun setelah hampir 3 bulan aku submit everythings untuk processnya. Kalau tak pasti aku kena fikirkan untuk jual aje,rumah yang aku dirikan dengan harga sekitar RM130K,termasuk dengan harga tanahnya RM20K sekitar tahun 2001 dulu.Millions of thank also to Puan Ratinah Ahmad,care taker housing loan for Petronas staff yang dah resigned,for the good and kind consideration.Aku yakin,pastinya ada hikmah atas perkara ini,dan sesungguhnya janji Allah,hanya yang terbaik telah ditakdirkan pada hambanya.Sekadar nasihat,kepada kengkawan yang ada cita-cita nak berhijrah,convertlah loan rumah awal-awal lagi,kalau tak nanti pasti pening di buatnya.....

Illaliqaq.

Friday, May 1, 2009

Dah cerah bangat....

Assalamualaikum/khaifahaluqha,

Memang nampak sangat bezanya pukul 4.30pagi di Qatar pada musim panas dan sejuknya.Yalah mana taknya,kat sini sekarang kalau pukul 6 pagi memang !!dah cerah gila.Matahari dah naik lama,mungkin seumpama pukul 8 pagi di Malaysia.
Pukul 4.30 pagi tu hari memang dah start nak cerah.Memang dah nampak clear,dah nak cerah tanah kata orang-orang lama.Ketara benar beza jam 4.30pg hingga 6 pagi.Anyway cuaca kat sini memang dah start panas pun. Barangkali juga, mungkin akan lebih panas dari tahun lepas kata OTAI-OTAI Qatar.Tahun lepas temperature menceceh 52 oC.Tahun ini tak tahulah camana!!!Memang bahang panas dah terasa sangat betul.Bayangkan,pada pukul 5.30 petang last night aku 2 hari lepas,semasa aku menunggu bas untuk ke office,terasa bahang panasnya seumpama berada sekitar furnaces dekat plant lama aku dulu.Wap panasnya memang terasa. OTAI-OTAI Qatar kata,nanti bila dah masuk climate summer, malam pun akan terasa seperti berada di sekitar blower dan furnaces.Tak tahulah macamana nanti,harapnya kami-kami ini diberikan ketahanan dan kekuatan oleh Allah dalm menghadapai environment sebegini,yang memang dah jadi pusingan biasa di negara Qatar dan Tanah Arab ini.

Illaliqaq.

Saturday, April 25, 2009

Family Fun day...

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Walaupun agak bercelaru dan nampak sangat di monopoli oleh geng-geng bawang-bawang India dan Pakistan,but at least suasana ceria dan happening jugak pada acara Family Fun Day Shift D Rasgas hari ini.Inter Continental Hotel Doha mungkin setaraf Awana Kijal kalau di Terengganu negeri lahir aku,hotel inilah jugak hari itu Anwar Ibrahim datang untuk satu forum ekonomi sekitar 2 bulan lepas.Bermula dengan acara kanak-kanak antara 3-5 tahun,5-7 tahun,7-12 tahun nampak sangat geng comittee bawang-bawang ni,nak sangat anak-anak geng mereka menang dan dapat hadiah!!Ambiklah,nak sangat!!kata seorang orang kita,hadiah pun belum tentu mahal sangat pun.Tapi untuk game orang dewasa geng-geng mereka tak boleh nak concouer sangat,maklum mungkin orang dari Indonesia dan Malaysia barangkali lebih berbakat. Aku sendiri pun dapat no 1 untuk dua acara,lari dalam guni dan volleyball team,bolehlah dapat voucer dalam QR 400 ,dicampur dengan cabutan bertuah.Alhamdullillah. Cumanya cabutan bertuah tahun pada acara tahunan untuk kali ini,mungkin agak kecil sekitar QR 250/per cabutan compare to last year geng Malaysia kita dapat sehingga Qr 1500.Mungkin jugak tahun ini mereka memperbanyakkan jumlah cabutan bertuah,daripada jumlah duit.Anyway,it`s agood event,cumanya kalau lebih ramai comittee dari pelbagai bangsa, mungkin event akan nampak fair and square to most of the participants.Congratulations,to the committe.

Illaliqaq,

Wednesday, April 22, 2009

Resume required...

Assalamualaikum/khaifahaluqha,
Those who interested for position LNG panelman or even field technician, please send your strong and relevant resume.Rasgas still required most.Will be forwarded to appropriate personnel.
Come-on!!!Chances to explore Qatar.

Illaliqaq.

Thursday, April 16, 2009

Musim panas

Assalamualaikum/khaifahaluqha....

Sepatutnya musim panas dah ni kata OTAI Qatar,tapi kekadang masih terasa sejuk dan dingin disini,walaupun sebenarnya bagi aku panas terik dan bahang dah mula terasa.Tapi bagi orang lama disini dan orang kampung,suasana sekarang masih ok ditambah pulak kekadang hujan dan sejuk masih sesekali tiba.Tapi,agak janggal juga sementara ini,bila mana waktu Fajar atau Subuh bermula seawal jam 3.48 pagi dan matahari dan naik seawal jam 5 pagi,adalah sesuatu yang cukup baru dan unik.Pukul 5 pagi dah cerah gila,dah macam pukul 8 kalau dekat Malaysia rasanya.Mungkin satu-dua bulan lagi waktu subuh akan masuk seawal pukul 3.15 pagi.Memang kalau musim panas sepatutnya ,siang akan jadi lebih panjang di Qatar ini,yalah mana taknya pukul 5 pagi dah cerah,Maghrib pula sekitar jam 6 petang,kalau musim sejuk pula Subuhnya sekitar jam 5 pagi tetapi Maghrib pula lebih kurang pukul 4.30 petang , malamnya pula yang lebih panjang.Anyway aku baru nak merasai cycle baru di Qatar ini,maklumlah masa aku mari hari tu baru masuk musim sejuk dah sekarang giliran musim panas pula......

Illaliqaq.